Kepala Bayi Tanpa Badan Menjadi Rebutan Anjing Untuk Dimakan
Berita Terupdate ~ Kejadian berlaku di Ranau, Sabah ketika seorang penduduk kampung di Kampung Kimolohing sedang menjemur kain pada pagi Isnin (10 Julai 2017) di hadapan rumahnya. Ketika asyik melakukan kerja rutinnya, dia terdengar dan ternampak segerombolan anjing sedang berkelahi dan bising seolah ada sesuatu yang terjadi. Dia menyangka itu cuma tabiat biasa anjing kelaparan yang akan bising ketika berebut makanan untuk hidup. Namun dari jauh dia melihat adik ipar, serta jiran mereka sedang memerhatikan sesuatu yang seakan mencurigakan. Kerana terlalu ingin tahu tentang apa yang sedang berlaku, akhirnya dia nekad untuk menghampiri dan melihat sendiri apa yang sebenarnya terjadi, dan sememangnya sesuatu yang sungguh menyedihkan,kepala bayi tanpa badan serta dengan wajah yang telah rusak. Tanpa berlengah kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis di Pejabat Polis Daerah Ranau (PPD Ranau) untuk diambil tindakan. Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Farhan Lee Abdullah, ...